Image Banner

MAKLUMAN PROGRES PROJEK PENURAPAN TAR

MAKLUMAN PROGRES PROJEK PENURAPAN TAR

Alhamdulillah, Fasa Pertama Projek Penurapan Tar di Pusat Pendidikan Al-Ikram telah berjaya dilaksanakan dengan jumlah kos RM50,000 bagi kawasan parkir tadika.

Usaha ini bertujuan memastikan keselamatan, keselesaan dan kemudahan yang lebih baik untuk anak-anak, guru serta para waris.

Bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya, dua (2) fasa seterusnya masih memerlukan sokongan dana.
🤲 Justeru, pihak sekolah dengan rendah hati menjemput para waris untuk terus sama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

💚 1 lot = RM50 sahaja
Sedikit sumbangan, besar maknanya untuk keselesaan bersama.

📲 Sumbangan boleh dibuat melalui scan QR pada poster atau:
🏦 Bank Islam
07043011010032
Ref: Projek Penurapan Tar

📤 Sila hantar slip pembayaran kepada:
Puan Nur Ain binti Sharin
📱 [Klik untuk WhatsApp] (http://www.wasap.my/60135221159/DANATAR)

🔗 Atau sumbang terus melalui pautan berikut:
(https://ppaipp.yezza.co/donation/p5r3we)

📞 MAKLUMAT LANJUT:

En. Mohammad Taufik bin Johari
Ketua Unit Penyelenggaraan & ICT PPAIPP
📱 011-2953 6724

Pn. Nurulaini binti Mohd Zin
Pegawai Kewangan PPAIPP
📱 019-4767049


Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua waris.
_Moga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan🤍

LAGI

JUALAN BUKU KOPERASI SESI PERSEKOLAHAN 2026

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan/Waris Murid Pusat Pendidikan Al-Ikram,

  • Jualan barangan koperasi 2026 akan diadakan di Koperasi Warga Sekolah Tahfiz Al-Islah Tasek Gelugor bermula pada 22 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026. Waktu operasi koperasi adalah seperti butiran di bawah :

  • Isnin - Khamis: 8:30 pagi - 3:00 petang
    Jumaat: 8:30 pagi - 12:00 tengah hari
    Sabtu : 9:00 pagi - 1:00 tengah hari

 

  • Berikut adalah senarai buku bagi murid SRI AL-IKRAM setiap tahun 1- 6 untuk rujukan semasa pembelian. 

 

  • Berikut adalah senarai buku bagi murid SMI AL-IKRAM setiap tingkatan 1- 5 untuk rujukan semasa pembelian. 

 

  • Bayaran boleh terus dibuat pada hari pembelian barangan koperasi dan tuan/puan boleh membawa pulang barangan koperasi yang dibeli. Jika barangan tiada stok, pihak koperasi akan menyerahkan terus kepada anak tuan/puan setelah stok barangan tersebut ada di koperasi.

    QRPAY DAN NO. AKAUN KOPERASI PPAIPP

Sekian, terima kasih.

LAGI

MAKLUMAN PENGAKTIFAN KATA LALUAN AKSES IBU BAPA & PENGGUNAAN APLIKASI ASIS.MY

MAKLUMAN PENGAKTIFAN KATA LALUAN AKSES IBU BAPA & PENGGUNAAN APLIKASI ASIS.MY

Dimaklumkan bahawa mulai 24 November 2025 (Isnin), sistem Awfatech akan mengaktifkan penggunaan kata laluan bagi akses ibu bapa dan kakitangan sekolah melalui Web Portal dan aplikasi mudah alih ASIS.MY.

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan data pengguna selaras dengan piawaian OWASP dan PDPA.

Ibu bapa digalakkan menggunakan aplikasi ASIS.MY (boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play Store) untuk memantau perkembangan murid secara real-time dengan ciri keselamatan yang lebih terjamin.

Panduan penggunaan kata laluan dan pemasangan aplikasi turut disertakan untuk rujukan bersama. >> PANDUAN PENGGUNAAN KATA LALUAN <<

Bagi memastikan kelancaran urusan pada masa akan datang ,mohon waris mengambil tindakan sewajarnya dan menetapkan kata laluan yang mudah diingati atau signifikan bagi mengelakkan masalah terlupa kata laluan.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Masdiana di talian Pejabat Pentadbiran PPAIPP (04-5732622), atau e-mel kepada stailsmartpp@gmail.com

Segala kerjasama dari ibu bapa amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan ,Jazakumullah Khaiyran Katheera

LAGI

MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN KEMASUKAN PERSEKOLAHAN SESI 2026

Pembayaran Yuran Kemasukan Persekolahan Sesi 2026 telah dibuka.

Tempoh bayaran Yuran Kemasukan adalah seperti berikut :

Tarikh Mula : 18 Disember 2025
Tarikh Akhir : 3 Januari 2026

 

Cara bayaran:


1.E-Yuran di laman web

2.Transfer ke akaun BIMB 07043011010032 (Sekolah Rendah Islam Al-Ikram) dan emel ke stailsmartpp@gmail.com

  Sila sertakan maklumat berikut : Nama penuh pelajar dan kelas pelajar.

3.Tunai di kaunter pejabat

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 04-5732622 (pejabat)

LAGI

PENDAFTARAN BARU MURID TADIKA ISLAM AL-IKRAM SESI 2026 DIBUKA!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera !

TADIKA ISLAM AL-IKRAM 


"We Love, We Care"


Didikan Islamik Penuh Kasih Sayang! 💖

🌟 Kenapa pilih kami?
✅ 1. Pendidikan Berteraskan Islam
-Kurikulum berasaskan nilai Islam: solat, akhlak, adab, dan asas tauhid.
-Anak dibimbing mengenal Allah sejak kecil.

✅ 2. Gabungan Akademik & Tarbiah
- Gunakan pendekatan KSPK + elemen tarbiah.
- Fokus pada perkembangan jasmani, emosi, rohani & intelek.

✅ 3. Persekitaran Islamik & Selamat
- Guru-guru berakhlak, berpakaian sopan, dan menitik beratkan kasih sayang dalam mendidik.
- Suasana sekolah membantu pembentukan peribadi soleh/solehah.

✅ 4. Aktiviti Holistik & Menyeronokkan
- Hafazan, doa harian, kelas fardhu ain.
- Play based learning
- Storytelling
- Song & Movement
- Project based learning
- Role Play & simulation
- Art & Craft activities
- Collaboration

✅ 5. Kepimpinan dan Sokongan Ikram
- Tadika di bawah naungan organisasi Islamik yang aktif dan dipercayai.

📚 Umur: 4 – 6 tahun
📍 Lokasi: Tadika Islam Al-Ikram, 4360, Mk. 12, Jalan Pokok Machang, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
 

Daftar dengan Imbas Qr Code Tertera dan Isi Maklumat Anak Anda Sekarang !

Tekan Pautan Untuk Mendaftar !  

https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=stail


📅 Tempat terhad!

 

📞Sebarang pertanyaan hubungi :

Cikgu Sikin : 019-4731885

Pejabat PPAIP : 04-573 2622

Email : stailsmartpp@gmail.com

 

💖 Serlahkan potensi anak soleh & solehah bersama kami!

 

LAGI

PENDAFTARAN BARU MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IKRAM SESI 2026 DIBUKA!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IKRAM SESI 2026


Pengambilan kemasukan : Tahun 1 (murid yang lahir pada tahun 2019) sehingga Tahun 6 (murid yang lahir pada tahun 2014)
❗❗❗❗❗❗❗
Tarikh Permohonan Kemasukan: 7 Julai 2025 - 14 November 2025
Tarikh Temuduga➡ 15 November 2025 (Sabtu)
Masa➡ 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat➡ Sekolah Rendah Islam Al-Ikram


Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran melalui permohonan online :👇🏻


CARA PENDAFTARAN ATAS TALIAN (ONLINE)
1️⃣ Klik link berikut : https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=stail

2️⃣ Pilih sekolah "Sekolah Rendah Islam Al-Ikram"
3️⃣Pilih "Kemasukan 2025"
Masukkan Nombor Mykid Anak dalam ruangan disediakan
4️⃣Klik "Semakan" bagi menyemak status permohonan pendaftaran
5️⃣Isi semua butiran diperlukan
6️⃣Klik HANTAR PERMOHONAN INI


Maklumat Lanjut :


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel yang tertera seperti berikut:
📱 : 04-5732622 (Pejabat Sekolah)
✉ : stailsmartpp@gmail.com

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner