SERDANG, 8 Ogos – Seramai hampir 300 warga Institusi Pendidikan IKRAM meliputi guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah seluruh negara telah berhimpun dalam majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026 yang berlangsung di Auditorium Radin Umar, Universiti Putra Malaysia. Majlis yang dianjurkan oleh Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) itu menjadi wadah untuk mengiktiraf kecemerlangan, menghargai sumbangan serta menyemarakkan budaya apresiasi dalam kalangan warga insitusi pendidikan di bawah rangkaian MUSLEH.
HARUM 2026 menyaksikan 37 kategori anugerah yang merangkumi 129 penerimaan, melibatkan 35 pelajar, 20 guru serta lebih 30 sekolah penerima. Turut diraikan, 20 penerima Anugerah Murabbi Inspirasi sebagai penghargaan kepada para pendidik yang telah memberikan sumbangan bermakna dalam membimbing dan membangunkan potensi pelajar. Di sebalik 37 anugerah yang disampaikan, terdapat usaha para guru, sokongan ibu bapa, komitmen pihak pengurusan sekolah serta kesungguhan para pelajar yang bersama-sama membentuk pencapaian tersebut.
Bagi Sekolah Menengah Islam Al-Ikram (SMI Al-Ikram), penerima Anugerah HARUM 2026 adalah:
- Sekolah Menengah Islam Al-Ikram – Anugerah Kecemerlangan Ilmu Syariah SPPIM SMI 2025
- Nur 'Awatif Binti Zainal Abidin – Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 (Bahasa Melayu)
Manakala bagi Sekolah Rendah Islam Al-Ikram (SRI Al-Ikram), penerima anugerah ialah:
- Aleesha Amani Sofea binti Abdul Rani - Anugerah Zaid bin Thabit - Hafazan Terbaik (SRI)
- Anisah binti A Aziz - Anugerah Murabbi Inspirasi
- Nadiah binti Mohamad - Anugerah Murabbi Inspirasi
- Sekolah Rendah Islam Al-Ikram - Anugerah Kecemerlangan Ilmu Syariah SPPIIM SRI 2025
Penganjuran HARUM 2026 ini menjadi platform untuk mengiktiraf usaha gigih dan dedikasi para pendidik, pelajar, serta alumni dalam mengharumkan nama institusi pendidikan Musleh. Ia juga selari dengan misi MIEB untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia, dan berdaya saing di peringkat global.Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dari SMI Al-Ikram dan SRI Al-Ikram yang telah mengharumkan nama sekolah dan PPAIPP. Usaha berterusan dan semangat juang yang tinggi akan sentiasa membawa kepada kejayaan pada masa akan datang. Diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan dan akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga Pusat Pendidikan Al-Ikram.
"Institusi Pendidikan Integrasi Terunggul"







